Saturday, 22 December 2012

Di Saat Kamu Berasa Lemah






Tika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku hadapi semua ini?” Maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200 -
Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah insan yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah insan biasa.
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku.
Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini.
Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dengan senyuman yang terukir di bibir. Bersyukur aku kepadamu Ya AllahJ

Thursday, 20 December 2012

Awak Suka Saya Tak?

Bismillahirahmanirrahim...

Novel yang membuatkan sesiapa sahaja akan jatuh cinta kepada novel ini. Termasuklah diri saya yang menulis di sini.

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.


Hilman Yong dan Puteri Intan Zulaikha....



Alhamdulillah jiwa saya juga terdidik selepas membaca novel ini. Ketabahan dan kesabaran Puteri Intan Zulaikha dalam mengharungi hidup ini amat mengkagumkan saya. 



Masih ada lagikah wanita seperti Puteri Intan Zulaikha dan Hilman Yong? Dengan kuasa Allah tiada yang mustahil:)
 

Saya membaca novel ini sambil duduk di tepi Pantai di Teluk Senangin pada minggu lepas amat menenangkan jiwa saya. Ternampak-nampak Hilman Yong mengejar Puteri Intan Zulaikha di pantai Bagan Lalang.

Pendapat saya kepada pembaca yang membaca post ini silalah baca buku novel ini. Gaya penulisan dari Kak Melur sangat menyentuh hati saya. Kadang2 saya tertanya - tanya bagaimana imaginasi Kak Melur sehingga mampu menulis novel sebaik ini. Tahniah diucapkan kepada Kak Melur:)